HEADER_OUR_VALUES_1440x432

NILAI KAMI

Budaya dan kehidupan setiap hari kami di DHL ditakrifkan melalui nilai-nilai yang kami kongsi.
Nilai-nilai ini mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam kejayaan perniagaan kami yang berterusan.
Ia membantu menjadikan DHL sebagai sebuah tempat yang memberikan inspirasi dan memberikan ganjaran untuk membina kerjaya anda.
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Syarikat bertanggungjawab

Sebagai sebuah perniagaan, kami peka dengan pengaruh yang kami ada dan kesan yang kami boleh lakukan. Bukan hanya kepada kehidupan pelanggan dan rakan sekerja kami. Tetapi juga kepada komuniti yang menjadi sebahagian daripadanya dan juga dunia yang lebih luas. Membuat kesan positif itu adalah salah satu daripada sesuatu yang kami sangat banggakan. Sekiranya anda menyertai kami, anda juga akan turut menghasilkan impak yang positif ini.

GoTeach

Bekerja dengan dua rakan kongsi yang mantap – Mengajar Semua dan Perkampungan Kanak-kanak SOS – GoTeach membantu kami memberikan kembali kepada komuniti di mana kami berkhidmat dalam cara yang berterusan dan bermakna. Membantu kanak-kanak dan orang muda daripada semua latar belakang sosio ekonomi untuk membangunkan potensi mereka, kami menawarkan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran dan mengakses peluang baharu bagi pembangunan kerjaya mereka

DHL's Got Heart

Satu tujuan murni yang sama sentiasa dapat menyatukan hati – dan DHL’s Got Heart ialah satu contoh yang sempurna. Mencerahkan pelbagai inisiatif yang menakjubkan di seluruh dunia, program ini adalah untuk meraikan sukarelawan dalam DHL yang meluangkan masa untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di komuniti tempatan mereka.

GoGreen

GoGreen adalah program perlindungan alam sekitar di seluruh kumpulan kami. Ia menumpukan kepada kecekapan tenaga, perubahan iklim dan pengurangan pencemaran udara. Menjelang tahun 2050, matlamat kami adalah untuk mengurangkan semua pengeluaran yang berkaitan dengan logistik kami kepada sifar bersih.

GoHelp

Program GoHelp kami menerjah ke dalam teras kepakaran logistik warga kami untuk memberikan sokongan pengurusan bencana kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kini kami telah mendedikasikan Disaster Response Team (DRT) yang berpangkalan di Panama, Dubai dan Singapura, bersedia untuk mengatur kedudukan di mana sahaja mereka diperlukan di seluruh wilayah Amerika dan Asia Pasifik.

Pasukan yang komited

Di DHL, tenaga kerja dengan kemahiran, pengalaman dan sudut pandangan yang berbeza hadir bersama-sama sebagai satu pasukan global. Setiap daripada kita komited untuk melakukan perkara terbaik bagi para pelanggan kami. Tetapi sementara kami berkongsi penetapan minda yang sama, kami sentiasa berminat untuk meraikan sumbangan unik yang dibawa oleh setiap individu.

Minggu penghargaan

Inilah peluang anda untuk menunjukkan rasa bersyukur atas dedikasi dan komitmen rakan sekerja kami. Acara yang terdiri daripada pesta, sukan dan pertandingan kepada aktiviti sukan dan juga inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat – semuanya direka bentuk untuk mengiktiraf dan memberikan anugerah atas kerja keras yang telah kita lakukan.

Pekerja Terbaik Tahunan

Di kalangan banyak program pengiktirafan kami, Pekerja Terbaik Tahunan adalah yang paling menonjol. Ia peluang kami untuk meraikan yang terbaik daripada yang terbaik, untuk menghargai rakan sekerja yang telah mencapai lebih dan di luar jangkaan untuk syarikat, Menghubungkan Manusia dan Memperbaiki Kehidupan untuk pelanggan kami dengan cara yang tidak pernah mereka bayangkan.

Piala Serantau

Meraikan semangat syarikat yang sebenar, Piala Serantau kami kini menjadi sebahagian daripada kehidupan legenda di DHL. Menyatukan bola sepak dan pasukan sorak di serata dunia, mereka memberikan peluang kepada warga kami untuk menunjukkan kemahiran mereka, serta bertemu dan bersosial dengan rakan sekerja dari wilayah mereka.  

Membangun bersama kami

Kami tidak pernah melupakan warga kami yang telah menjadikan siapa kami sekarang ini. Jadi, kami melakukan apa yang boleh untuk mencipta persekitaran di mana setiap individu boleh bersinar. Persekitaran yang menggalakkan individu untuk kekal bersama kami dan membangun bersama kami serta membolehkan mereka untuk menikmati kerjaya jangka panjang yang memuaskan hati.

Certified training

Melalui inisiatif Certified di seluruh Kumpulan, pekerja dilatih dan diperakui sebagai pakar dalam divisyen mereka masing-masing. Latihan ini menyatukan semua orang dan memberikan pemahaman jelas tentang strategi, perniagaan dan budaya korporat kami serta kepentingan sumbangan setiap pekerja.

DHL4HER

Daripada kurier kepada pemimpin kanan, sumbangan yang wanita lakukan kepada perniagaan kami adalah menakjubkan. DHL4HER membantu untuk memberikan inspirasi kepada pasukan di serata dunia untuk mencipta tempat kerja pelbagai yang menawarkan peluang sama rata untuk semua pekerja, serta berkongsi pelancaran tatasusunan inisiatif di seluruh dunia.

Perancangan kejayaan

83% daripada semua peluang di DHL telah diisi oleh calon dalaman. Mengapa? Disebabkan kami mahukan semua orang yang menyertai DHL untuk kekal bersama kami, membangun bersama kami dan menikmati kerjaya yang berjaya di sini. Jadi, bila sahaja mungkin, kami mempromosikan dari dalam.

Berfikir ke hadapan

Di DHL, kami percaya bahawa masa depan milik mereka yang melakukan tentang apa yang telah mereka pelajari dan menggunakannya untuk membina hari esok yang belih baik. Dengan memikirkan perkara itu, kami sangat menggalakkan semua orang untuk bekerja dengan kami – tanpa mengira peranan mereka – untuk mencipta dan memacu idea mereka.

Pendigitalan

Daripada Blok rantai kepada Data Besar dan Robotik Lanjutan kepada Internet Benda, kami terus meneroka poteni bagi semua jenis teknologi baharu yang terkini. Semuanya dalam bidaan untuk menggalakkan kecekapan operasi kami dan menukar pengalaman DHL – untuk pelanggan dan rakan sekerja.

Start-up Lab

Makmal Permulaan kami membolehkan pekerja untuk menyumbang cadangan mereka untuk idea perniagaan baharu. Satu contoh kejayaan ialah projek TRAiLAR untuk memasang trak dan treler kami dengan tikar suria yang menjana kuasa untuk sistem elektrik kenderaan, mengurangkan penggunaan bahan apinya dan pengeluaran CO₂.

Pusat Inovasi

Pusat Inovasi kami di Singapura dan Bonn telah memberikan inspirasi yang serupa kepada pelanggan dan rakan sekerja. Menunjukkan wawasan, trend dan teknologi yang akan menentukan industri logistik pada hari esok, ia penuh dengan idea terkini yang akan membantu kami – dan pelanggan kami – untuk bangkit terhadap cabaran pada masa akan datang.