Peranan ini menguatkan keeluruhan organisasi, dengan pengetahuan, kepakaran dan sokongan hari ke hari yang membolehkan DPDHL menjadi cemerlang. Sertai kami dalam salah satu daripadanya dan anda akan menikmati kebanggaan dan tujuan dengan mengetahui bahawa semua kerja menakjubkan yang kami lakukan di seluruh dunia berjaya kerana anda.
Sama ada anda membangunkan struktur IT bertaraf dunia, robot untuk mengambil alih tugasan harian atau data besar dan AI untuk memerangi jenayah siber, anda akan memainkan peranan yang besar dalam membentuk masa depan perniagaan.
Perniagaan kami menjana jumlah data yang sangat besar. Anda akan membuka kunci potensi penuh di sini. Menggunakan teknik pengoptimuman analisis dan penghalaan terkini, anda akan meningkatkan cara kami melakukan sesuatu perkara dalam setiap bidang organisasi.
Melihat pengurusan kewangan. Mengatur strategi dasar dan prosedur yang akan memacu kejayaan kami pada masa depan. Srtai kami dan anda akan berada di tengah-tengah aksi.
.
Sebagai sebuah perniagaan, kami terus berinovasi – pada tahap strategi, teknikal dan operasi. Di sini, anda akan membantu kami memimpin proses tersebut, memacu projek yang akan membantu kami berada di hadapan pasaran Logistik.
Sertai kami di sini dan anda akan bekerja bersama pengurus di seluruh perniagaan untuk merekrut. membangunkan dan mengekalkan individu yang berbakat, bersemangat, mereka yang menjadikan DHL sebuah organisasi yang menonjol pada hari ini.
.
Mendapat nilai maksimum daripada wang yang kami belanjakan. Di setiao kategori, setiap perniagaan dan setiap negara yang kami beroperasi, anda akan membantu mengawal kos, mengoptimumkan kecekapan dan membina kejayaan peneraju pasaran kami.
.
Sebagai sebuah organisasi global, kami mempunyai portfolio aset yang luas dari seluruh dunia: segalanya daripada pesawat dan van penghantaran hingga peralatan pejabat dan gudang. Anda akan menjalankannya semua dengan lancar.
Bekerja rapat dengan pembuat keputusan pada peringkat paling tinggi, anda akan membantu membangunkan wawasan jangka panjang untuk perniagaan dan penting dalam menjalankan semua rangka kerja perkembangan kami yang penting.
.
Di sini, anda akan membantu kami untuk memudahkan kehidupan pelanggan kami, memimpin perubahan dalam pasaran logistik dan menjadikan DHL sebuah organisasi yang lebih cekap dan mapan.
Sama ada ia pada tahap tempatan, negara, wilayah atau antarabangsa, minda anda yang tajam dan mata undang-undang yang tajam akan membantu kami menguruskan risiko, melindungi kepentingan perniagaan kami dan memastikan perkara yang dilakukan dengan cara yang betul.