KERJAYA SISWAZAH. MASA DEPAN ANDA. DISAMPAIKAN SECARA MUDAH.
Visi kami untuk menjadi "Syarikat Logistik untuk Dunia" ialah matlamat yang hanya boleh kami capai dengan perkembangan tenaga kerja yang pelbagai. Oleh itu, Program Siswazah di seluruh negara kami disesuaikan untuk mengembangkan kemahiran pengurusan kepimpinan dan orang, sejajar dengan perletakan bergilir, pendedahan kepada pelbagai sektor, kenaikan gaji tahunan dan moduk latihan Siswazah. Dari saat anda bermula dengan kami, anda akan diberikan tanggungjawab sebenar dalam operasi gudang dan pengangkutan – sama ada ia untuk orang, belanjawan, projek atau proses, anda akan mendapat sokongan untuk mengambil cabaran dan memacu syarikat ke hadapan.
Di teras perniagaan kami ialah operasi kami. Anda akan dijejak dengan cepat melalui pelbagai sektor yang memahami betapa kritikalnya rantaian bekalan gudang dan operasi pengangkutan kami. Ketua Masa Depan didaftarkan dalam akademi penyeliaan global kami, di mana anda akan menemui apa yang diperlukan untuk menguruskan dan memimpin baris hadapan kami dalam memberikan kesan kepada pelanggan dan masyarakat kami.
Perletakan 3 x 12 Bulan Seluruh dunia
HR
Fungsi Program HR kami, akan memberikan pendedahan kepada pemerolehan bakat, pampasan & manfaat, pengurusan prestasi dan pembangunan pekerja. Sementara membuat penjajaran dengan pembangunan anda bersama penempatan CIPD tahap 5 anda akan mendedahkan anda kepada pelbagai tapak dan kontrak.
Perletakan 2 x 12 Bulan + 6 Bulan di luar Seluruh negara
Kewangan
Membina pengetahuan melalui program kewangan fungsi kami, anda boleh mengambil jawatan seperti Pembantu Kewangan, Juruanalisis Perniagaan atau Pengurus Kewangan, atau terlibat dalam Projek Kewangan skala besar yang anda membantu & uruskan. Penempatan sejajar dengan pembangunan dan kelayakan CIMA tahap 7.
Penempatan 3 x 12 Bulan Seluruh negara
Pengurusan Projek
Semasa Program Pengurusan fungsi kami, anda kan menguruskan keseluruhan perancangan, kawalan, pelaporan status, kestabilan dan penyerahan projek daripada projek langsung. Terlibat dengan pelanggan dan pihak berkepentingan kami untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif dan menyampaikan hasil yang berimpak tinggi. Pembangunan anda akan sejajar dengan Asas APM dan ITIL.
Penempatan projek 3 Tahun Pangkalan di rumah
Pengurusan IT
Dalam Program Pengurusan IT Fungsi kami, anda akan membangunkan perniagaan anda dan pemahaman komersial dengan membina kemahiran yang boleh dipindahkan menggunakan reka bentuk penyelesaian, pengurusan projek dan pertukaran pengurusan. Anda akan menguruskan dan menyokong penyampaian banyak projek IT.
Penempatan 2 x 12 Bulan + 6 Bulan di luar Seluruh negara
Perolehan
Program Perolehan berfungsi kami memberikan kedua-dua pengalaman Memeli dan Memberikan kontrak yang membantu memacu kualiti dan nilai. Anda akan memperoleh pelbagai bidang termasuk aset, bekalan, kemahiran dan perkhidmatan untuk perniagaan meneruskan operasinya dengan lancar. Semasa program, anda akan mendapat CIPS rahap 4.
Penempatan 2 x 12 Bulan + 6 Bulan di luar Wilayah & Bahagian tengah Barat Laut
Jualan & Pemasaran
Program Pemasaran Jualan baharu kami akan memberikan pengalaman kepada anda untuk memahami teras operasi perniagaan, cara kami membuat pemasaran sendiri, mengembangkan pangkalan pelanggan kami dan meningkatkan keupayaan dengan kontrak sedia ada. & Program pemasaran termasuk berusaha ke arah kelayakan tahap 4 Jualan.
Penempatan 2 x 12 Bulan + 6 Bulan di luar kemasukan di Seluruh negara
Kami tahu bahawa perkembangan datang seiring dengan menjadikan perubahan itu berlaku. Siswazah kami berpeluang untuk terlibat dalam Asas DHL UK, untuk memberikan kesan kepada golongan remaja yang tidak bekerja. Para graduan juga menerajui matlamat kemampanan kami iaitu Pelepasan Sifar menjelang tahun 2050 dan untuk menjadi pakar dalam misi hijau. Kami bukan sahaja membawa perubahan kepada dunia, tetapi kami juga mempunyai inisiatif di seluruh syarikat untuk meningkatkan keterangkuman. Anda boleh melibatkan diri dengan pelbagai perkara seperti pergerakan kepelbagaian dan menjadi sebahagian daripada rangkaian Race, LGBTQ+ dan Wanita. Akhir sekali, oleh kerana ini adalah program di seluruh negara, kami telah membina komuniti Siswazah; termasuk rakan-rakan untuk membantu memulakan kehidupan, mentor untuk membimbing dan budaya untuk menggalakkan anda dan rakan sebaya anda berbincang, belajar dan memimpin.
Loading...
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Permohonan boleh dibuat bermula 15 November 2021 untuk tarikh permulaan September 2022. Untuk sebarang soalan berkenaan Program Siswazah DHL UK, sila lihat Halaman Soalan Lazim. Untuk sebarang soalan yang tidak dijawab, sila hubungi emergingtalent@dhl.com
Proses Permohonan
Proses permohonan adalah bersifat dua hala; untuk kami mengetahui lebih lanjut tentang anda dan cara anda bekerja, dan untuk anda memahami sama ada DHL adalah organisasi yang sesuai untuk anda. Kami tidak mempunyai keperluan gred ijazah minimum dan mengalu-alukan semua Siswazah dari semua peringkat umur dan disiplin.
Setelah anda memutuskan untuk memohon Program manam anda perlu melengkapkan permohonan dalam talian. Anda akan diminta untuk memasukkan butiran peribadi bersama dengan kelayakan dan pengalaman kerja. Anda juga akan ditanya dengan beberapa soalan khusus yang berkaitan dengan kriteria minimum untuk Program, jadi pastikan anda memenuhi kelayakan ini sebelum membuat permohonan.
2. Perjalanan Kekuatan
Setelah anda melengkapkan peringkat permohonan, anda akan dimajukan ke Perjalanan Kekuatan DHL. Ini direka bentuk untuk menilai cara anda mengendalikan situasi yang akan anda hadapi dalam peranan yang anda mohon. Ia telah dibangunkan sebagai alat yang ditempah untuk DHL dan ia berdasarkan situasi kehidupan sebenar yang pernah dialami oleh Siswazah kami.
3. Simulasi Kerja
Jika anda lulus dalam Perjalanan Kekuatan DHL, anda akan dijemput untuk melengkapkan Simulasi Kerja. Tujuan Simulasi Kerja ialah untuk anda menunjukkan diri anda yang sebenar, ketika melengkapkan senario DHL yang berkaitan dengan peranan. Ini juga akan memberikan wawasan kepada anda dalam situasi yang anda boleh alami sebagai Siswazah DHL.
4. Hari Pengalaman
Berikutan Simulasi Kerja, jika anda berjaya, peringkat akhir proses ialah Hari Pengalaman. Persediaan ialah kuncinya, tetapi penting juga untuk anda menjadi diri anda dan menunjukkan siapa anda yang sebenarnya kepada kami! Kami akan menyediakan butiran tentang apa yang akan dijangkakan pada hari ini terlebih dahulu kepada anda.
Dengarkannya daripada Pekerja kami
"Kita sebagai sebuah industri berada pada juring perubahan seismos dalam banyak bidang, teknoligi yang kita gunakan adalah rupa pasukan kita dan cara kita berinteraksi antara satu sama lain. Buku peraturan dikoyakkan dalam membantu menghadapi perubahan dan cabaran secara berdepan yang sedang menuju ke arah anda dan saya merasa teruja untuk berada dalam jawatan untuk memimpin perubahan itu."
Kate MillicanAlumni Pengurus Perancangan Kanan
"Di DHL Supply Chain, saya cukup bertuah untuk belajar bagi kelayakan CIPD saya yang membolehkan saya untuk menjadi gabungan ahli CIPD. Tambahan pula, Skim Siswazah HR telah memberikan peluang untuk bekerja di seluruh fungsi yang pelbagai dalam HR kepada saya seperti; Pampasan dan Manfaat serta Pusat Kecemerlangan Bakat. Ini telah membantu menunjukkan bidang HR yang paling saya suka dan secara keseluruhan, pengalaman telah menyerlahkan cara fungsi HR menambah nilai kepada organisasi."
Martin EvoemeGraduan HR
"Kesan kelestarian DHL boleh dilihat melalui peningkatan kemudahan untuk memasukkan pilihan yang mapan seperti panel suria, turbin angin, penyelesaian pemanasan yang lebih baik, dsb. Kesan ini meningkatkan pengeluaran kita pada tahap tapak yang juga kita alami dengan jejak pengangkutan kita dan berusaha untuk mengurangkannya melalui teknologi baharu seperti kenderaan elektrik, trak gas CNG dan trak bio metana."
Anna HarrisAlumni Pengurus Kelestarian Ireland dan Ireland Utara
"Skim siswazah Pemimpin Masa Depan disusun dengan cara di mana saya telah diberikan kepercayaan dengan tahap tanggungjawab yang hebat. Ia membolehkan saya untuk keluar dari zon selesa saya, yang membolehkan saya untuk berkembang bagi menjadi pemimpin inspirasi saya. Peluang yang diberikan membolehkan saya untuk meju ke tahap pengurusan dan tanggungjawab."
Krystian StelmachSiswazah Pemimpin Masa Depan
"Ketika masa saya dengan DHL, saya telah mempelajari tentang betapa pentingnya untuk dapat menginspirasikan orang lain untuk berusaha keras. Ketika masa yang mencabar, dengan adanya orang yang berkemahiran untuk memotivasikan dan mempengaruhi orang lain adalah penting, terutamanya ketika bekerja dalam tapak yang besar dengan rakan sekerja yang mungkin tidak selalunya menyedari tentang sumbangan peranan individu mereka kepada kejayaan operasi secara keseluruhan. Dalam masa yang sukar, ramai orang mencari anda untuk kepimpinan, jadi dengan mengetahui cara untuk memberikan motivasi, yakinlah atau sokong orang lain pada masa yang betul dan dengan cara yang betul adalah penting."