img1












​​​​​​​

Cara kami bekerja

kepelbagaian

Kepelbagaian

Sebagai satu kumpulan yang komited dengan kepelbagaia, saintis dan jurutera data daripada semua latar belakang dan set kemahiran membawa kepakaran mereka kepada pasukan sains data kami. Komuniti sains data kami terdiri daripada ahli fizik, ahli statistik, saintis semula jadi, saintis komputer dan jurutera dari pelbagai bidang. Setiap individu membawa kepakaran mereka sendiri ke syarikat, untuk menghasilkan penyelesaian yang terbaik.
Graduates_students_graduates_800x450

Komuniti sains data

DPDHL Group menggajikan ramai saintis data di kalangan lokasi divisyen dan global serta kami mengutamakan kerjasana di seluruh divisyen dan lokasi kami. Kami mengaturkan perjumpaan komuniti seperti Makan tengah hari dan Mesyuarat belajar wilayah, di mana saintis kami berkongsi pengalaman projek dan Hari Sains Data tahunan kami, di mana saintis data kami berkumpul di Bonn untuk pembentangan dan pertukaran maklumat dalaman serta luaran sepanjang hari. Untuk lebih banyak usaha akademik, sesetengah saintis data kerap menjalankan mesyuarat dalam Kelab Jurnal Sains Data kami, di mana topiknya adalah kajian sains data yang terkini.
values_innovation_center_400x200

Kerjasama luaran 

Selain daripada komuniti dalaman, kami juga mempunyai ikatan dengan komuniti sains data. Kadangkala kami bertukar dengan jabatan sains data syarikat lain tentang kaedah dan penggunaan kes. Kami juga berkongsi pengetahuan kami dalam acara umum seperti Meetups wilayah.

Adakah anda mempunyai idea yang inovatif untuk tesis sains data anda yang berkaitan dengan analisis data dan industri logistik? Kami menantikan untuk mendengar tentang perkara itu. Kadangkala kami mempunyai pelajar yang menyiapkan tesis mereka di premis.

Pembelajaran berterusan 

Dalam dunia persaingan yang mencabar ini, saintis data kami mengawal penuh pembangunan mereka sendiri – dengan perbalahan dan mentoran rakan sekerja sains data kami. Kami membawakan peserta baharu kami untuk kepantasan dalam latihan sains data kami – merangkumi sains data dari perspektif perniagaan dan teknikal. Untuk selari dengan pencapaian terkini dalam kedua-dua sastera dan teknologi, pasukan kami menyertai bengkel dan seminar di seluruh dunia. Tambahan pula, kami kerap menjalankan latihan dalaman dan menyertai latihan luaran di mana diperlukan untuk peningkatan. Ia sangat penting untuk kami supaya saintis dan jurutera data kami terus belajar – demi kebaikan mereka sendiri dan syarikat kami.

Data Lake korporat 

Data ialah aset – dan di DPDHL Group, kami menganggap data yang akan datang sebagai sama penting seperti aset hab, pesawat dan trak kami. Ia imperatif kepada kami bahawa semua saintis data dalam Kumpulan mempunyai akses kepada data dari sumber yang boleh dipercayai dan mudah untuk dicapai. Infrastruktur data besar korporat kami, lebih dikenali sebagai Data Lake kami, sedang dilaksanakan buat masa ini – supaya jurutera data mencari peluang tanpa pengecualian. Kami menyasarkan untuk membolehkan saintis data kami untuk mengatur kedudukan penyelesaian data besar mereka dan pembelajaran mesin, dengan satu klik, tanpa merasa bimbang tentang kebolehskalaan.

Projek contoh

Peneraju utama

SEVERIN
Data Saintis, PhD Kejuruteraan
“Saya suka bekerja di Pusat Kecemerlangan Analisis Data kerana julat topiknya yang luas serta menarik, peluang untuk mengkhususkan dalam kawasan tumpuan yang saya minati dan peluang untuk memberikan manfaat kepada pelanggan dan syarikat kita.”
​​​​​​​
MINH
Saintis Data
“Ramalan memberikan banyak pengalaman yang menarik kepada Saintis Data. Saya menganggap diri saya bertuah untuk dapat menyelesaikan masalah ini di kalangan rakan sekerja yang berfikiran terbuka, mereka yang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan lebih baik untuk rakan kongsi perniagaan kami. Sementara itu, kami juga menyasarkan untuk membangunkan diri sendiri dan terus seiring dengan pergerakan yang pantas, sentiasa berkembang dan dunia Pembelajaran Mesin yang asyik.”
PRAKRITI
Saintis Data
“Bekerja di DPDHL telah memberikan peluang yang cemerlang untuk membangunkan penyelesaian sains data kepada saya menggunakan teknologi terkini yang memberikan kesan langsung dan berpotensi untuk meningkatkan proses perniagaan. Tanpa ragu, apa yang menjadikannya sebuah tempat yang menarik untuk bekerja ialah kepelbagaian pasukan, semangat yang positif dan budaya terbuka di kalangan rakan sekerja yang menggalakkan pembangunan untuk semua.”

Peneraju utama

HENNING
Sains Data, Ketua Pasukan
"Menghantar berjuta-juta surat, bungkusan dan penghantaran daripada semua saiz kepada pelanggan setiap hari memerlukan jumlah keputusan yang sangat besar untuk diambil pada setiap hari dan menjana jumlah data yang sangat besar. Menggunakan data ini untuk memaklumkan dan meningkatkan keputusan merupakan peluang yang besar kepada kedua-dua syarikat dan diri saya sendiri.

FELIX

Saintis Data, PhD Fizik
"Sebagai seorang Saintis Data di DPDHL, saya suka bekerja pada julat topik menarik yang besar daripada pelbagai bidang perniagaan, dengan kesan segera dan ketaram sementara terus belajar dan membangun. Selain itu, merasa ouas hati dengan berbuat demikian dalam pasukan yang ingin tahu dan personaliti yang hebat."

Peneraju utama

ANDRÈ

Saintis Data – Penyelidikan Operasi
PhD Pengptimuman Matematik
"Kami berhadapan dengan pelbagai masalah kesukaran di mana penyelesaian standard tidak wujud. Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, kami telah menggabungkan kaedah yang berbeza, yang sudah biasa dengan kami – atau kami perlu belajar dengan menjalankan kajian. Say benar-benar sukakan kerja yang mencabar ini, memerlukan banyak kreativiti."
Thomas

THOMAS

Saintis Data – Penyelidikan Operasi
PhD Sains Komputer
"Bekerja di DHL membolehkan saya untuk menyelesaikan masalah sebenar dan untuk memerhatikan kesan daripada penyelesaian saya dengan segera. Saya belajar sesuatu yang baharu pada setiap hari dan apa saya rasakan sangat hebat ialah kombinasi sains data dan pengoptimuman."

PROSES PERMOHONAN